Umum

Paten Baharu Menunding Kepada Apple Watch Bulat

Apple berkemungkinan akan mengeluarkan jam tangan pintar Apple Watch bulat, berikutan pendedahan paten yang difailkan syarikat Cupertino itu.

Apple Watch Bulat

Paten Baharu Menunding Kepada Apple Watch Bulat

Diterbitkan bulan ini, paten itu menunjukkan sebuah paparan bulat pada sebuah peranti boleh pakai, menunjukkan Apple mungkin akan mengikuti trend jam tangan pintar seperti peranti Pebble dan Android Wear yang menampilkan rekabentuk jam yang bulat.

Dokumen berkenaan menunjukkan secara terperinci tentang bagaimana skrin bulat peranti itu akan dikuasakan, dengan pelbagai komponen litarnya berada di dalam bingkai di sekelilingya. Piksel akan disusun dalam lajur dan baris yang mempunyai panjang/tinggi yang berbeza untuk memberi hasil yang kelihatan bulat.

Berkenaan permohonan paten itu, ia bukanlah bukti muktamad bahawa Apple akan mengeluarkan Apple Watch bulat, sebaliknya ia hanya membuktikan Apple sedang mempertimbangkan rekabentuk bulat untuk jamnya. Apple Watch Series 2 berbentuk segi empat sama telah dilancarkan September lalu.

Disamping memberikan pilihan rekabentuk bulat kepada pengguna, pengeluaran jam tangan berbentuk bulat oleh Apple akan menyebabkan para pembangun tepaksa menyuaikan aplikasi mereka kepada paparan berbentuk bulat itu.

Oleh itu, jikalau Apple bercadang untuk melancarkan Apple Watch bulat, ia perlu mengumumkannya jauh sebelum tarikh penjualan, bagi memberi masa kepada parapembangun menyuaikan aplikasi mereka kepada rekabentuk baharu itu.

Dengan penjualan kurang memberangsangkan bagi jam tangan pintar, tidak mustahil untuk Apple memperkenalkan rekabentuk baharu bagi menarik minat pengguna. Tetapi apa pun, kita harus menunggu pengumuman rasmi dari Apple, itu pun jika syarikat itu benar-benar mahu memperkenalkan peranti bulat itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top