Umum

Paten Samsung Membayangkan TV Holografik

Teknologi paparan TV akhir-akhir ini cepat berubah dan kadang-kala tidak menentu. Dahulunya kita hanya mempunyai TV HD penuh, kemudian TV 3D yang gagal. Selepas itu TV pintar dan 4K pula menjadi trand dan kini TV melengkung pula mula muncul. Tetapi kini, satu paten yang difailkan Samsung dilihat menunding kepada sebuah TV holografik.

TV Holografik

Paten Samsung Membayangkan TV Holografik

Paten yang diperolehi Patently Mobile itu difailkan pada Januari 2016 dan menunjukkan teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan skrin dengan visual yang kelihatan berlegar di hadapan paparan tersebut. Apa yang menarik adalah anda tidak memerlukan kaca mata yang menjengkelkan untuk menontonnya.

tv-holografik-2

Seperti dijangka, Samsung memerlukan pelbagai teknologi berfungsi pada masa yang sama untuk menghasilkan imej sebegini.

Sumber cahaya – berkemungkinan lazer – akan dipancarkan melalui sebuah “modulator cahaya spatial”. Ia kemudiannya akan difokuskan melalui “lensa Fourier yang membolehkan cahaya yang dimodulasikan oleh modulator cahaya spatial difokuskan pada ruang yang telah ditentukan”.

Dalam bahasa biasa, cahaya akan difokuskan melalu satu panel dan lensa bagi menghasilkan imej yang berlegar di hadapan skrin dan sedia ditonton dari pelbagai sudut.

Dengan penyertaan modul pengesan kedudukan mata, peranti tersebut juga boleh menentukan dengan tepat kedalaman yang perlu disimulasikan bagi “menipu” mata untuk mempercayai terdapat objek sebenar berlegar di udara.

Seperti biasa, pemfailan paten tidak semestinya bermakna sebuah produk akan terhasil. Tetapi ia menunjukkan Samsung mempunyai minat dalam bidang tersebut. Patenly Mobile mengingatkan bahawa dalam laporan awal mengenati TV Samsung Quantum Dots, ia tidak dijangka memasuki pasaran sehingga tahun 2020, tetapi ia telahpun berada di pasaran sekarang. Mungkinkah teknologi TV holografik ini hadir lebih awal dari jangkaan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top