Umum

Pembangun Format MP3 Telah Menamatkan Perlesenan Format Tersebut

MP3 merupakan format audio digital yang telah merevolusi cara kita mendengar muzik dan membawa kepada kemunculan pelbagai peranti pendengaran muzik sejak dua dekad lalu. Kita segalanya telah tamat. Pembangun format audio tersebut telah mengumumkan penamatan program perlesenannya secara rasmi.

MP3

Pembangun Format MP3 Telah Menamatkan Perlesenan Format Tersebut

Sejarah pemilikan hakcipta paten kepada format audio tersebut sangat rumit dan bercelaru, namun Fraunhofer Institute memiliki hakcipta kepada paten MP3 tertentu yang ingin digunakan pembangun perisian yang ingin membangunkan, mengedarkan dan menjual pengekod dan penyahkod MP3.

Penamatan perlesenan itu dibuat kerana Fraunhofer Institute merasakan dunia telahpun beralih kepada penggunaan format audio ISO-MPEG yang lebih efisyen seperti AAC atau MPEG-H dalam penstriman audio atau penyiaran kandungan. Format-format berkenaan membolehkan pengekodan audio yang jauh lebih berkualiti pada kadar bit yang lebih rendah.

Pengumuman ini, bagaimanapun, hanyalah simbolik, sepertimana peralihan antara pemacu cakera liut dengan CD-ROM, di mana akan ada perisian yang menyokong format MP3, namun format yang lebih baharu akan menjadi standard atau piawai. AAC atau “Advanced Audio Coding” yang sebahagiannya dibangunkan oleh Fraunhofer Institute kini merupakan piawai.

Walaupun format popular itu telah ditamatkan, sumbangannya kepada revolusi audio tidak dapat dinafikan. Ia membolehkan pengguna internet memuatturun audio semasa era jalurlebar bermula dan menggalakan pendatang baru ke era digital. Penciptaan pemain muzik seperti iPod dan iTunes telah memulakan satu era baharu untuk Apple dan melahirkan pelbagai produk yang mengambil ilham darinya.

Walaubgaimanapun, tidak seperti media Vinyl dan kaset, ia tidak akan membuat kemunculan semula seperti media tersebut. Berbanding standard audio moden, kualiti audio format tersebut sangat teruk dan sesetengah kajian mendapati format itu secara tidak langsung menguatkan persepsi emosi negatif kepada alat muzik berbanding emosi positif.

Apapun, selamat tinggal MP3.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top