Umum

Raspberry Pi Model A+ Lebih Kecil dan Murah

Raspberry Pi Model A+

Raspberry Pi merupakan peranti yang digunakan oleh individu atau para pereka indie untuk membina komputer DIY mereka dan pelancaran Raspberry Pi Model A+ sememangnya lebih menggembirakan golongan ini.

Raspberry Pi Model A+

Raspberry Pi Model A+ Lebih Kecil dan Murah

Raspberry Pi Model A+ dilancarkan menggantikan Raspberry Pi Model B+ dan ia merupakan versi yang lebih kecil, efisyen dan murah. Model B+ dijual pada harga USD35, manakala versi baru ini dijual pada harga USD20. Menurut pengasas bersama Raspberry Pi Foundation, Eben Upton, model baru ini mempunyai kuasa yang sama dengan model B+.

“Seperti model A, model A+ dilengkapi pemproses BCM2835 dan 256MB RAM, namun ia lebih kecil (panjang 65mm berbanding 86mm untuk model A), menggunakan kurang tenaga dan mempunyai penambahbaikan yang sama dilihat pada model B+”, tulis Upton dalam blog Raspberry Pi.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai RasBerry Pi Model A+ atau model-model lain, layarilah laman web raspberrypi.org.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top