Umum

Samsung Akan Melancarkan Peranti Android Wear?

Android Gear

Menurut laporan, Samsung akan melancarkan sebuah peranti yang menggunakan sistem pengoperasian peranti mudah boleh pakai Android Wear. Menurut CNET, syarikat itu akan melancarkan peranti tersebut pada acara Google I/O di mana LG dan Motorola turut dijangka melancarkan peranti Android Wear.

Android Wear

Samsung Akan Melancarkan Peranti Android Wear?

Samsung dilaporkan akan melancarkan sebuah peranti yang menggunakan sistem pengoperasian peranti boleh pakai Android Wear pada acara Google I/O minggu ini. Samsung enggan memberi komen mengenai laporan tersebut, namun sebuah peranti Android Wear akan melambangkan rancangan syarikat itu meninggalkan Tizen sebagai OS bagi peranti berjenama Gear keluarannya.

Peranti tersebut dijangka akan diedarkan secara percuma kepada peserta Google I/Oakan melambangkan komitmen Samsung kepada Google dan juga akan membolehkan Samsung memperbanyakan  peranti yang ditawarkannya.

Turut dijangka diperlihatkan pada acara Google I/O ialah peranti LG G watch berikutan gambar peranti tersebut yang dibocorkan Jumaat lepas.

LG G Watch cable leak-578-80

Satu lagi pengeluar yang dijangka memperlihatkan jam tangan pintarnya pada acara tersebut ialah Motorola dengan peranti Motorola 360. Namun peranti yang mana satu akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam pada acara Google I/O.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top