Umum

SoundHound Hurricane: Speaker Pintar Dengan AI

Setakat ini Google Home dan Amazon Echo merupakan dua buah “Smart Speaker” yang dilancarkan dalam masa terdekat dan telah mendapat perhatian kerana dilengkapi dengan AI (seperti Siri & Cortana) yang mampu membantu pengguna dalam aktiviti harian mereka. Kini terdapat sebuah lagi peranti sedemikian digelar SoundHound Hurricane yang menjanjikan fungsi yang sama, tetapi pada harga USD199.

SoundHound Hurricane

 SoundHound Hurricane: Speaker Pintar Dengan AI

SoundHound Hurricane didedahkan melalui laman web pembiayaan awam Kickstarter dan dibangunkan oleh syarikat Boombotix, iaitu sebuah syarikat peranti audio yang terkenal dengan produk speaker Bluetooth mudah alih.

Menurut laman Kickstarter Boombotix, speaker itu akan menggunapakai perkhidmatan perisian pengecaman suara Hound untuk memproses permintaan, dan menstrim kandungan audio melalui Slacker Radio.

Apa yang membezakan Hurricane dengan Amazon Echo dan Google Home adalah perisian algoritma peribadi atau personal algorithm software (PAL)  yang menurut Boombotix akan mempelajari rutin harian anda dan membuat senarai main khas untuk disuaikan dengan aktiviti yang anda lakukan sekarang.

Seperti peranti dari Amzon dan Google, Hurricane juga mempunyai “wake phrase” atau frasa bangun iaitu “OK Hound” dan berupaya menjawap pertanyaan konteksual seperti “Bagaimana cuaca di Los Angeles?” dan “Di manakah piza terbaik dijual di sana?” tanpa perlu mengulang sebut nama tempat.

Dari segi perkakasan, ia akan dilengkapi dua speaker penuh, sebuah sub-woofer 10 inci 10 watt dan mikrofon peredam bunyi dalam pakej berukuran 8.5 x 8 x 5 inci. Ia boleh ditempah di Kickstarter pada harga USD 169 dalam masa terhad sahaja dan dijangka akan mula diedarkan kepada pembeli dalam bulan Disember.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top