Umum

Spesifikasi iMac Dibocorkan

iMac

Baru-baru ini Apple telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan sebuah Mac Pro baharu pada tahun 2018 dan model iMac baharu tahun ini akan memberi tumpuan kepada pengguna professional. Spesifikasi komputer Apple baharu itu telah dibocorkan dan menunding kepada sebuah komputer yang serba lengkap untuk pengguna sasarannya itu.

iMac

Spesifikasi iMac Dibocorkan

Menurut blog Pike’s Universum, iMac terbaharu itu dijangka akan dilengkapi pemproses Intel Xeon E3-1285 v6  processors, dan 16GB hingga 64GB ECC RAM. Di samping itu, ia akan dilengkapi sokongan Thunderbolt 3 dalam bentuk port USB-C dan sehingga 2TB SSD. Sumber tersebut juga menyatakan tentang kad grafik AMD padanya yang menyokong VR dan aplikasi professional. Ini menunjukkan bahawa Apple akan melangkah masuk ke dunia VR.

Selain iMac, blog tersebut juga membocorkan tentang paparan 8K yang akan dipasangkan dengan Mac Pro dan Mac Mini generasi akan datang. Di samping itu, ia menyebut Apple akan tampil dengan keyboard baharu untuk komputer iMac itu yang memungkinkan Apple menyertakan Touch Bar padanya.

Tetapi pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati dalam mempercayai khabar angin berkaitan dengan produk Apple memandangkan tidak semuanya benar. Tetapi sumber maklumat ini dikatakan dari seorang yang digelar “Little Bird” dan beliau biasanya tepat dalam membocorkan maklumat produk Apple.

Apa pun, umum mengetahui Apple akan mengeluarkan iMac baharu tidak lama lagi dan dengan produk pesaing seperti Microsoft Surface Studio mula bersaing dalam pasaran yang biasa dimonopoli Apple, syarikat itu sudah sememangnya perlu tampil dengan produk yang memberangsangkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top