Umum

Sweden Akan Menjadi Negara E-Tunai Pertama?

Idea untuk menjadi sebuah negara E-tunai telah diuar-uarkan oleh banyak negara sejak berpuluh tahun lalu, di mana semua transaksi dijalankan secara elektronik. Tiada negara yang berjaya melakukannya, tetapi ada beberapa negara sedang berusaha. Di barisan hadapannya adalah Sweeden.

Sweden e-tunai

Sweden Akan Menjadi Negara E-Tunai Pertama?

Ahli teknologi industri di KTH Royal Institute of Technology di Stockholm telah menerbitkan hasil kajian menunjukkan betapa pantasnya wang tunai fizikal kurang digunakan di Sweden. Menurut menulis kajian itu, Niklas Arvidsson, penggunaan wang tunai semakin berkurangan dengan pantas di negara tersebut.

Pasukkan Arvidsson mendapati terdapat kira-kira 80 billion Swedish crown wang tunai berada dalam pengedaran dalam dompet-dompet dan peti simpanan tunai di seluruh negara tersebut. Angka itu telah turun dari angka 106 billion Swedish crown 6 tahun lepas dan dari jumlah itu, hanya 40 hingga 60 peratus dari wang tunai itu digunakan secara kerap.

Di bandar Gothenburg misalnya, sukar untuk menemui kedai yang tidak menerima kad bank sebagai mod pembayaran, dan kebanyakan penduduknya tidak membawa sebarang wang tunai. Ramai juga yang menggunakan satu aplikasi yang dinamakan Swish, satu kolaborasi antara bank Sweeden dan Denmark yang membolehkan pindahan wang pantas dan mudah menggunakan telefon pintar.

Bank-bank juga bergerak ke arah E-tunai. Beberapa cawangan bank yang dibuka tidak menerima wang tunai fizikal. Cawangan-cawangan yang menerima wang tunai pula memerlukan pelanggannya mengisytiharkan dari mana beliau mendapat wang tunai tersebut. Ini selari dengan undang-undang anti penggubahan wang haram. Sebarang transaksi meragukan akan dilaporkan kepada polis.

Namun terdapat kebimbangan terhadap mereka yang ketinggalan dari transisi ini. Golongan gelandangan, imigran tanpa dokumen dan warga emas sukar untuk mengakses perkhidmatan digital ini melalui komputer dan telefon pintar. Dalam negara E-tunai, golongan ini akan lebih bergantung kepada sistem keselamatan sosial Sweeden.

Menurut Arvidsson, sukar untuk mengulangi kejayaan Sweden di negara lain. Swish merupakan satu idea baik, tetapi sukar untuk memperkenalkannya di negara lain kerana ia mengambil masa yang lama untuk mengubah sistem perbankan negara lain dari kosong. Namun beliau yakin tidak mustahil revolusi seperti Swish boleh berlaku di peringkat antarabangsa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top