Umum

Tesla Model S Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi

Kereta elektrik pertama Tesla telah berjaya diserahkan kepada pelanggan Malaysia pertamanya. Arkitek tersebut telah membeli kereta Tesla Model S berwarna kelabunya tanpa cukai pada harga RM 480,000.

Tesla Model S

Tesla Model S Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari lihat apakah kos-kos “tersembunyi” yang perlu dibayar untuk memiliki sebuah kereta Tesla Model S yang dijual tanpa cukai. Cukai jalan yang perlu dibayar setahun adalah RM10 dan terdapat bayaran bulanan RM 1,400 yang akan dibayar kepada pengedarnya, Greentech Malaysia, selama 5 tahun (60 bulan). Bayaran bulanan ini membolehkan pemilik kereta Tesla mendapat perkhidmatan pengecasan secara percuma di lokasi pengecasan Greentech Malaysia yang telah dan akan didirikan di serata Malaysia. Pengecasan juga boleh dilakukan di rumah, tetapi bayaran elektrik TNB akan dikenakan.

Tesla Model S

Syarikat itu menyasarkan untuk mendapat 100 orang pengguna kereta elektriknya dan dengan komitmen RM1,400 sebulan dari pelanggannya, ia boleh membina dan menlenggara infrastruktur untuk menyokong pengalaman pelanggan Tesla.

Petronas bersetuju untuk menyediakan satu stesen pengecas di semua stesen minyak utamanya dalam masa dua tahun akan datang. Stesen pengecasan itu boleh mengecas kereta Tesla ke tahap yang memuaskan dalam masa 15 minit dan mengecas penuh dalam masa 1 jam.

Dengan jarak pemanduan sejauh 420km, pemandu Tesla tidak perlu risau kehabisan cas, tetapi dalam masa beberapa tahun penggunaannya, casnya akan hilang dan jarak pemanduan maksimum mungkin akan turunsehingga 350km.

Tetapi harus diketahui bahawa pemilikan kereta ini kekal milik Greentech Malaysia, walaupun pelanggan telah membayar penuh untuk kereta tersebut. Ini untuk mengekalkan status bebas cukainya. Selepas 5 tahun, pelanggan boleh memilih untuk menukarkan pemilikan kepada dirinya atau menjualnya kepada pihak ketiga dan membayar cukai import pada masa itu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top