Umum

Toyota Menghasilkan Robot Comel Bernama Kirobo Mini

Toyota telah menghasilkan sebuah robot comel yang dinamakannya Kirobo Mini. Ia dihasilkan sebagai robot peneman pemandu dan cukup kecil untuk dimuatkan dalam pemegang cawan di dalam kereta.

kirobo mini-970-80

Toyota Menghasilkan Robot Comel Bernama Kirobo Mini

Kirobo Mini sebenarnya adalah versi kecil sebuah lagi robot Toyota bernama Kirobo. Ia merupakan sebuah robot yang juga kecil, direka khas selama 3 tahun untuk menjadi peneman kepada angkasawan Jepun, Koichi Wakata dalam misinya di Stesen Angkasa Antarabangsa untuk mengkaji subjek penyendiri.

Kini Toyota merancang untuk membawa robot yang bijak berkomunikasi itu ke bumi dan dijual pada harga 39,800 Yen kepada pelanggan yang inginkan peneman.

Kirobo Mini berukuran hanya 10cm tinggi apabila duduk dan boleh muat di tapak tangan, bermakna ia boleh dibawa ke mana sahaja. Ia juga didatangkan dengan “kerusi” khas untuk membolehkan ia duduk di tempat pemegang cawan di dalam kereta. Walaupun kecil, ia mempunyai pelbagai ciri menarik.

Sebagai robot peneman, ia mampu berbual secara bersahaja dengan penggunanya serta menggerakkan kepala dan tangannya ketika bercakap. Ia dilengkapi kamera yang membolehkannya mengecam ekspresi muka pengguna.

Dengan mengecam tona dan ekspresi pengguna, Kirobo Mini cuba menegnalpasi emosi pengguna dan mengubah cara ia bercakap dan bergerak mengikut kesimpulan yang diperolehinya. Toyota juga telah membuatkannya supaya Kirobo mengingati apa yang penggunanya suka dan tidak suka bagi menjadikan komunikasi dengan pengguna lebih bermakna dan mendapat pautan emosi antara pengguna dan Kirobo.

Gerak gaya Kirobo menyerupai seorang bayi dan ini sengaja dilakukan Toyota bagi memicu perasaan kasih antara pengguna dan robot berkenaan.

Untuk menggunakan Kirobo, telefon pintar pengguna perlu dihubungkan menggunakan Bluetooth dan pengguna perlu memuatturun aplikasi khas yang berharga 300 Yen.

Bagi anda, mungkin akan merasa pelik mengapa orang Jepun gemarkan peneman-peneman buatan manusia seperti Kirobo, namun dengan bilangan orang yang hidup bersendirian di Jepun, robot yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan mengadakan pautan emosi seperti ini terbukti popula di kalangan mereka.

Robot ini tentu mempunyai kesan positif dalam kehidupan mereka, memandangkan Kirobo  hanyalah salah sebuah robot dalam pasaran robot peneman yang semakin berkembang, termasuk robot Jibo yang direka oleh pakar robotik Massachusetts Institute of Technology dan robot bernama Pepper keluaran Aldebaran.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai robot ini, tonton video di bawah (dalam bahasa Jepun).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top