Umum

Uber Menggantung Barisan Kereta Berautonomi Miliknya Ekoran Kemalangan

Uber

Uber mengambil keputusan untuk menggantung pengujian barisan kereta berautonomi miliknya sementara siasatan dijalankan ke atas kemalangan yang berlaku kepada salah sebuah keretanya yang sedang diuji.

Uber

Uber Menggantung Barisan Kereta Berautonomi Miliknya Ekoran Kemalangan

Menurut siasatan awal polis, mereka mendapati bahawa punca kemalangan adalah kerana kesilapan seorang pemandu yang tidak memberi laluan kepada kereta tersebut dan bukan salah kerta Uber itu sendiri. Siasatan masih berjalan tetapi tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan tersebut.

Menurut syarikat itu, tiada penumpang berada di tempat duduk belakang ketika kemalangan itu, namun terdapat dua orang jurutera di tempat duduk hadapan kereta tersebut, namun belum jelas samada kereta berkenaan berada dalam mod berautonomi atau tidak ketika kemalangan berlaku.

Satu Tweet dari akaun Twitter Fresco News menunjukkan sebuah kereta terbalik ke sisinya sementara seorang polis sedang menyiasat tempat kejadian.

Kebelakangan ini syarikat Uber mengalami pelbagai permasalahan di peringkat korporat dan juga isu perundangan yang dikenakan ke atasnya. Ini memperlahankan lagi pengujian ke atas kereta berautonomi yang diharapnya akan menjadi perkhidmatan yang menguntungkan baginya. Oleh itu, ia berharap isu terbaharu ini akan berlalu secepat mungkin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top