Umum

Uber Serious Mengenai Perniagaan Kereta Terbang

Uber serious mengenai menjadi pemimpin dalam bidang pengangkutan dan syarikat itu telah mengupah jurutera pesawat NASA Mark Moore untuk mengetuai bahagian kejuruteraan Uber Elevate. Uber kereta terbang mungkin akan menjadi realiti.

kereta terbang

Uber Serious Mengenai Perniagaan Kereta Terbang

Pada tahun 2010, Moore telah menulis kertas kerja mengenai kebolehlaksanaan penghasilan dan penggunaan kenderaan vertical take-off and landing (VTOL) untuk perjalanan jarak dekat dalam bandar. Berikutan penerbitan kertas kerja itu, Bloomberg melaporkan bahawa Moore menjadi perunding kepada Uber dalam penerbitan kertas kerja mereka sendiri yang lebih baharu.

Ini bukan kali pertama kali Moore berkait dengan visi Uber dalam bidang VTOL. Malah Moore sangat teruja dengan visi Uber dan percaya syarikat itu mempunyai sebab perniagaan baik untuk menjadikan visi Moore menjadi realiti. Tambahan pula Uber mempunyai pegangan pasaran yang cukup untuk menjadikan perniagaan ini realiti.

Dalam kertas kerja Uber, ia menerangkan mengenai idea menggunakan VTOL bagi menghasilkan perkhidmatan penerbangan atas permintaan untuk perjalanan dalam dan antara bandar. Ini melibatkan penghasilan pesawat VTOL elektrik yang boleh terbang antara 50 hinga 100 batu dalam satu cas baterinya.

Walaupun pesawat itu akan diterbangkan dengan juruterbang pada mulanya, matlamat akhirnya ialah menjadikan kenderaan ini berautonomi dan boleh dipanggil menggunakan aplikasi telefon pintar. Uber berharap perkhidmatan ini akan memendekkan masa perjalanan dalam bandar dan mungkin lebih murah berbanding memiliki kereta bagi sesetengah pengguna.

Uber bukan satu-satunya syarikat yang membangunkan teknologi VTOL sebagai satu perniagaan dan sebarang perkhidmatan seakan Uber Elevate akan mengambil masa yang lama untuk menjadi realiti. Tidak dapat dibayangkan keperluan infrastruktur dan undang-undang yang perlu diberi perhatian untuk menjayakannya.

Apa pun, dengan mengambilan Moore ke dalam pasukan Uber Elevate, ternyata syarikat itu sedang secara aktif mengejar teknologi ini. Samada perkhidmatan ini akan benar-benar berjaya dilancarakan, hanya masa akan menentukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top