Umum

Xiaomi Akan Menyertai CES 2017

Nama Xiaomi mungkin tidak sebesar Apple ataupun Samsung, tetapi ia telah mencapai beberapa pencapaian membanggakan dalam tahun ini. Ia menyasarkan untuk menjadi pengeluar gajet yang lebih baik tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, ia akan mengorak langkah dengan menyertai acara CES 2017 buat pertama kalinya awal tahun hadapan.

Xiaomi

Xiaomi Akan Menyertai CES 2017

Walaupun Xiaomi telah melancarkan beberapa produk menarik seperti laptop Xiaomi Air 12 dan telefon pintar Mi5 yang mendapat pujian pihak media, tidak semua produknya dipasarkan secara global. Pelancaran Mi Box baru-baru ini menandakan produk pertamanya yang dilancarkan untuk pasaran US. Sungguhpun demikian, syarikat itu tidak tergesa-gesa dalam mencari strategi terbaik untuk memasarkan produknya secara global.

Spekulasi memuncak tentang apakah produk yang akan diperkenalkannya di acara CES 2017 nanti. Spekulasi yang timbul termasuk pelancaran peralatan VR sehingga pelancaran telefon pintar tanpa bingkai Mi Mix ke pasaran global.

Tetapi memandangkan Xiaomi kini memasarkan pelbagai produk dari telefon pintar, laptop, TV sehingga pembersih udara, agak sukar untuk mengagak produk apa akan dilancarkannya pada acara tersebut. Namun ia harus mengekalkan strategi memperkenalkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan bagi memastikan ia berdaya saing untuk pasaran tahun hadapan. Lagipun, bagi memasuki pasaran baharu, hanya dengan strategi sedemikian yang dapat menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan produk jenamanya yang kurang dikenali di pasaran US dan Eropah.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top